SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label halal haram. Show all posts
Showing posts with label halal haram. Show all posts

Wednesday, 24 August 2011

tazkirah = haram ?

salam. tadik macam biasa, sb pergi masjid perumahan sb untuk solat isyak berjemaah dan terawih.
habis je 4 rakaat terawih, sb pelik. asal imam terus bangun? takde tazkirah ke?
bila dah selesai witir abah cakap "mufti dah haramkan tazkirah kat semua masjid..atas alasan mengganggu solat"
terkilan jugak la bila orang yang lebih berilmu daripada kita boleh cakap macam tu.
mercun tak pulak mengganggu? orang merempit? pak cik yang bersembang kuat-kuat tu?

tazkirah bermaksud memberi peringatan tentang agama Allah berdasarkan Quran dan hadis Muhammad saw.
macam mana boleh haram? satu lagi alasan yang sb langsung tak boleh terima. "nanti dicampur adukkan politik dan agama" Islam adalah agama dari Allah yang paling sempurna sifatnya, mencakupi segala aspek hidup kita sebagai makhluk yang hanya menumpang di bumi Dia. bukankah Muhammad dan khulafa' ar-Rasyidin adalah ahli politik yang berjaya hingga ke negeri akhirat?

apa yang mereka bimbangkan? bukankah Muhammad juga selalu mengingatkan para sahabat dengan ayat-ayat Allah? adakah Islam itu hanya ketika berlakunya kematian dan perkahwinan? dalam mentadbir negara juga perlu mengikut acuan Islam sepenuhnya. mereka mengatakan politik dan hal pentadbiran perlu diasingkan dari agama. alangkah jahilnya mereka. andai kata ditakdirkan kita mati dalam masa kita menguruskan hal politik atau pentadbiran negara. adakah kita menghadap Allah dalam keadaan kita tidak Islam? 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.
(al-Baqarah : 208)

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 
(al-Baqarah : 132)


~ sb : hidupkan peranan masjid sebagai 'telaga ilmu'. peace... :D

*luahan rasa kesal pengharaman tazkirah ----> (klik)


Monday, 15 August 2011

ribena haram

salam. 2 hari lepas, sb ada tonton video ustaz Azhar Idrus (orang kuantan panggil ustaz janggut), pasal pengharaman ribena dan coke. 
tadi, sb adalah tegur sorang mak cik ni pasal ribena. sb cakap yang sb tengok video ustaz janggut, pastu dia cakap.."eh..takkan lah, ustaz tu tipu kot..."
pelik kan masyarakat sekarang? salahkan orang lebih berilmu daripada diri sendiri hanya kerana tidak dapat menerima kesalahan yang dibuat sendiri. 
peranan ustaz adalah untuk menyampaikan membetulkan segala apa yang berlaku di dalam masyarakat agar tidak dimurkai Allah kemudian harinya...
ni ha video tu :
  


~ sb : mem,ang ada je ulama' yang menipu, tapi bagi sb secara peribadi dan sebagai seorang muslim, baik kita jauhkan yang syubhah kan? semoga kita mendapat rahmat Allah..ameen... :D