SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Berpacaran. Show all posts
Showing posts with label Berpacaran. Show all posts

Friday, 23 September 2011

girl, I love you

Once you have said this to me "'If you love someone, be brave enough to tell them. Otherwise, be brave enough to watch them loved by someone else.'" 

I was thinking it was like this...

then I told you "I love you"

you replied "forget it...I didn't love you"

this is your reason right?
I asked you a chance
I said "take my heart but please do not break it"

from that day, my heart is yours
because of this.
and this is your reply
it feels like my whole body is broken too
I'm crying
it doesn't mean that I'm weak
I'll wait
I promise this to you
I'll text you every night
because I love you stupid
then, can you promise this to me?


sb : you're scared to be hurt again right?

Monday, 19 September 2011

nasihat Bob Marley kepada kaum perempuan

"He is not perfect. You are not either, and the two of you will never be perfect. But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He is not going to quote a poetry, he is not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Do not hurt him, do not change him, and do not expect more than he can give. Do not analyse. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he is not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys do not exist, but there is always one guy that is perfect for you" 


- BOB MARLEY~ -



Tuesday, 16 August 2011

I love U

salam. sebelum korang berbuka puasa nanti, sb nak tunjuk siket cara yang romantis tuk kapel yang berjauhan dan yang nak jimatkan kredit. 

1. log in fb
2. gi kat wall orang yang tersayang
3. post kan ni :
669966666669999996669999996669​966669966669999666669966669966
669966666699999999699999999669​966669966699669966669966669966
669966666669999999999999996669​966669966996666996669966669966
669966666666699999999999966666​699996666996666996669966669966
669966666666666999999996666666​669966666996666996669966669966
669966666666666669999666666666​669966666699669966669966669966
669966666666666666996666666666​669966666669999666666999999666

4. suruh orang yang tersayang tu wat ni pulak
   i. tekan ctrl + F
  ii. tekan no 6 atau 9.



~ sb : selamat mencuba....tuk mereka yang dah halal antara satu sama lain je...peace...! :D

Wednesday, 10 August 2011

permintaan seorang isteri


ya Allah,

sekiranya suamiku ini pilihan-Mu di Arasy,

berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,

kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,



sekirannya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,

limpahkan aku sifat tunduk dan tawaddu' atas segala perintahnya,

sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik di dunia-Mu,

peliharalah tingkah laku dan lidahku dari menyakitinya,

ameen.....


~ sb : p/s tuk bakal bini sb, "aku cinta pada mu adalah semata-mata kerana agama yang ada pada mu, andai hilang agama itu dari dada mu, begitu juga cintaku..."



Sunday, 7 August 2011

Sembunyikan cinta

salam sekalian pengunjung blog sb. kalau tak silap, dalam dua hari lepas, sb ada terbaca satu hadis junjungan mulia, Muhammad saw yang bermaksud "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” [HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailani dan lain-lain.]



disebabkan tidak berapa jelas dan faham apa yang ingin disampaikan melalui hadis itu, sb pun bertanya kepada sahibah sb yang lebih arif, cik Solehah.(maaf xdisediakan link untuk ke acc. fb beliau, atas sebab-sebab tertentu).

Alhamdulillah, cik Solehah memberikan jawapan yang cukup memuaskan hati orang seperti kita yang dahagakan ilmu, apa lagi ilmu yang berkaitan dengan agama kita sendiri. Jadi, sb wat post ni untuk berkongsi ilmu dengan saudara dan saudari seagama untuk pegangan hidup kita di bumi Allah.

------------> (klik sini)

Mohon bantuan kalian share kepada yang lain, kerana jika bukan kita yang menghulurkan tangan untuk memartabatkan Islam, siapa lagi? semoga kita tergolong dalam golongan yang berjaya dalam menegakkan syariat agama, agar kita sekurang-kurangnya tidak dimurkai Allah dan tidak membuat Muhammad kesayangan kita bersedih kerana umatnya lebih ramai yang dicampak ke dalam api Allah..

~ sb : dirikan solat. tegakkan Islam. Islam itu indah. :D

Friday, 22 July 2011

4 nasihat bagi mereka yang bercinta

salam. sb nak bagi sedikit nasihat dan teguran kepada mereka yang tengah berkapel. bukan apa, sekadar berpesan kepada kebenaran.semoga kita tidak dimurkai Allah, pemilik tunggal alam ini. mari kita baca ;

1. jangan biarkan si dia merasai nikmat asmara mu itu, sebelum secara sah diijab kabulkan dengan mu.

2. bercinta dan menyayangi si dia sekadarnya, jangan sampai melebihkan pakwe/makwe daripada cinta kepada Allah swt

3. buktikan lafaz 'i love u' dengan membina keluarga bersama berlandaskan syariat Islam.

4. jika mahu mendapat pasangan yang baik untuk kita, maka kita yang perlu jadi yang terbaik terlebih dahulu.

~ sb : akhir kata, bercinta dengan manusia hanya untuk mendapatkan cinta-Nya yang Maha Agong dan kekal abadi. peace.. :D


Thursday, 7 July 2011

truth is, that girl loves u

·       
        
               She yells because she cares.
·         She cries because she is frustrated.
·         She smiles out of nowhere because she is thinking of you, even if you are already there.
·         She scrunches her face because she is about to explode.
·         She hits you because she wants to touch you.
·         She stares at you because she is infatuated.
·         She calls you every half hour because she misses you.
·         She lectures you because she is a boss, not mom(old lady)
·         She kisses you because she just want to.
·         She asks you a lot of questions because she is curious, not to be annoying.
·         She wants to know where you are just to be with you all day long
·         She calls just to hear your voice.
·         She walks beside you to hold your hand
·         She sits close to you to lean on your shoulder.
·         She stands in front of you because she wants a hug.



~ sb : boys…please understand… peace..!! :D

Monday, 27 June 2011

Tips bagi mereka yang putus cinta

      
  • dah banyak sangat SB dengar pasal KP ni.. (*KP = kapel & putus), xtau la sebab musim KP sekarang ni.
  • pernah dengar ayat ni tak "love is hurt whether it is right or wrong?" *sepotong ayat daripada lirik What The Hell - Avril lavigne.
  • so, untuk post kali ni, SB nak bagi sedikit tips bagaimana menghadapi masalah ini.. *sekadar pengalaman hidup admin sahaja..
___________________________________________

# 1. jangan terlalu bersedih  

- hati mana yang tak sedih bila berpisah dengan insan yang disayangi, MUhammad junjungan kita pun bersedih ketika kematian Siti Khadijah.Tapi, jangan kita terlalu larut dalam kesedihan sampai kita lupa apa tujuan kita diciptakan Allah.Firman Allah swt.

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku Adz Dzariyat : 56


Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

# 2. kongsi perasaan

- cuba ringankan bibir untuk meluahkan kesakitan di hati kepada mereka yang anda rapat dan boleh menjadi pendengar yang baik serta mampu memberi nasihat dan dorongan kepada anda.Percayalah, sekuat mana pun seseorang itu, mereka tetap memerlukan teman di saat kesusahan.Mungkin suatu masa, mereka pula yang akan meminta pertolongan daripada anda.

# 3. banyakkan bermunajat

- Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah 
hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28) 

- antara surah2 pilihan SB ketika bersedih hati adalah :
 1. ar - rahman  
 2. al - waqiah
 3. as - sajdah
- *baca tafsir surah - surah tersebut dan hayati.. 

# 4. elakkan dengar lagu sedih
- tak kira apa jenis bahasa sekali pun, elakkan dari dengar lagu - lagu yang sedih. kenapa SB cakap jangan dengar? hati kita kan tengah gundah gelana, sedih tak menentu.Dengar pulak lagu - lagu jiwang yang sedih, tak meraung korang nanti? (*takyah cakap korang, aku pun mau melalak dengar lagu camtu kalau baru lepas clash).Lagu rock kapak takyah hurai panjang lah, memang semua sedih.Pelik betol perangai orang melayu..nangis je keje.

# 5. menangis
- ini pilihan terakhir lah..tak perlu rasa malu untuk menangis, apa lagi untuk mengubati hati sendiri.tapi, jangan pulak korang nangis time perhimpunan ke dalam LRT..cari tempat yang korang bersendirian. menangislah sepuas-puasnya untuk legakan sakit di hati.insya Allah makin lega. 
Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. *pengakuan : SB pun pernah nangis..
      -comel tak SB nangis?-


p/s: Dulu, SB selalu pujuk diri sendiri dengan ayat ni, "Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."
amalkan doa ni ya...jangan sedih2 lagi...salam semua





Sunday, 26 June 2011

kata hati seorang lelaki yang perempuan xpernah tahu




- p/s : err..n kisah hidup SB(admin) sahaja...xde kena mengena ngan siapa-siapa yang lain.
_____________________________________

Awak.. Tiap-tiap hari kita sms awk, call awak.. dulu awak suka kita selalu sms, call awak.. Tak puas dengar suara kita katanya awak. Tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan.. Kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak..


Awak.. Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang. Katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so kita tau awak ada masalah kat situ.. Kalau awak rimas, takpelah.. Kita tak mintak dah buat macam tu.. Kita tau awak pandai jaga diri..




Awak.. Kita suka tengok awak pakai elok-elok.. Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai purdah, pakai tudung labuh.. Kita tau awak tak rimas pasal ni.. Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita..


Awak.. Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan awak, tapi jangan la keluar melepak sampai 3,4 pagi.. Jangan la keluar pakai ala kadar je.. Kita suka kawan-kawan awak tengok awak pakai molek-molek.. Kita suka kalau kawan-kawan awak cakap awak dapat boyfriend yang jaga awak elok-elok.. Awak nak keluar, keluar je la.. Kita tak kisah.. Kita tau awak pandai jaga diri..


Awak.. Kita belikan awak itu, kita belikan awak ini, bukan kerana nak bodek awak, memang kita nak bagi.. Kita suka bagi hadiah kat awak.. Kita pun tak tau kenapa.. Awak jangan la bimbang, kita tak pernah pun putus makan sebab belikan awak itu ini.. Jangan la rasa bersalah, kita tak pernah minta balasan dari semua tu..


Awak.. Kita selalu marah-marah awak.. Adakalanya kita tertenking awak.. Mungkin kita terluka ngan kata-kata atau perbuatan awak.. Kita tau 90% perempuan tak suka ditenking, tapi kita tak pernah selitkan rasa benci dalam marah kita kat awak.. Kita janji dah tak tenking-tenking awak.. Kita lebih pedulikan sayang kita kat awak dari tenkingan tu..

Awak.. Kita suka cakap banyak-banyak, cerita itu cerita ini ngan awak.. Maaf la kalau buat awak rimas.. Tapi kita suka borak ngan orang yang kita sayang.. Suka awak tau apa yang kita tau..Dulu awak selalu nangis-nangis sebab rindu nak dengar suara kita..

Awak.. Awak jangan la segan nak suruh kita ubah itu dan ubah ini.. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan.. Kita tak kisah pun.. Tapi kita kisah kalau awak suruh kita berubah jadi kaki clubbing ke.. Itu bukan cara kita.. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan kita ikut, kita suka.. Kita pun manusia biasa jgk.. Banyak kekurangan.. Kata orang, kita takkan nampak kekurangan diri kita melainkan orang disekeliling kita.. Maybe ada kebenarannya..

Awak.. mungkin selama ni kita kurang romantik ngan awak.. bukan kita tak romantik tapi kita tahan-tahan romantik kita tu macam kita tahan nak berak.. makin lama makin sedap.. tapi last-last terlupa nak beromantik ngan awak sebab syok makan sosej saiz XXXL ngan awak..

Awak.. Maybe awak kurang percaya kepada janji.. Tapi awak kena percaya kepada kita, janji tu bukan main-main bagi kita.. Kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ni.. Cuma lambat atau sekejap saja. Kita tak nak hiris tangan sampai berdarah semata-mata nak tunjuk betapa ikhlasnya janji kita, cukup saja awak percaya dari air muka kita dan air mata kita..



~ sb : Malas dah aku nak taip. Lenguh jari jemari ni. Banyak lagi sebenarnya kata hati lelaki tapi cukuplah.

Thursday, 23 June 2011

sebab lelaki gagal usha perempuan

Mengikut kajian sebuah Universiti di England, sebanyak 70% lelaki gagal melamar wanita untuk di jadikan pasangan mereka. Hasil kajian ini merumuskan kegagalan ini adalah berpunca dari lelaki itu sendiri ketika mengorat wanita.




gambar hiasan

Jom kita terjah kesilapan besar lelaki ketika mengorat wanita : 


1. Tidak menyemak status wanita itu

- Ini yang paling penting.Sebelum mengorat wanita itu, korang kena tahu status wanita itu sama ada dia kekasih orang atau isteri orang.

- Jika wanita itu milik seseorang pastinya dia tidak selesa apabila ada lelaki lain mengoratnya. 



- So, peratus percubaan korang untuk di tolak amat tinggi sekali. Lagipun tak baik merosakkan perhubungan orang lain. 

2. Kerap SMS atau telefon di awal perkenalan




- Wanita amat rimas jika kerap menerima SMS atau telefon dari lelaki yang baru mengenalinya apa lagi jika tiada alasan yang kukuh. 



- Ini akan menampakkan sangat lelaki itu mahu mendampinginya. Jatuh la markah korang di hati si dia.

- Wanita amat selesa berSMS atau menjawab telefon dari seseorang yang dia kenali dan rapat. 



- Oleh itu adalah lebih baik berkawan rapat dengan wanita itu sebelum menggunakan telefon sebagai medium perantaraan untuk mengeratkan perhubungan.

3. Selalu cuba mendampinginya

- Wanita amat rimas jika ada lelaki selalu cuba mendampinginya setiap masa. Setiap orang perlukan masa untuk bersendirian, sebab itu wujudnya istilah 'privacy'.  



- Wanita akan bertambah lemas jika lelaki menanyakan tentang peribadi dan mencungkil rahsia dirinya terutamanya di awal perkenalan.

- Adalah lebih baik cuba mengenali wanita itu secara tidak terang-terangan contohnya berbual ketika menaiki lif yang sama. Taktik ini tidak menunjukkan yang anda terdesak untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


4. Cuba menjadi orang lain

 - Jika wanita itu sukakan seseorang itu sebagai idolanya contohnya Yusry KRU, janganlah pula anda cuba 'menjadi' Yusry KRU untuk mengoratnya. Ini kerana anda tidak akan berjaya menjadi Yusry KRU sepenuhnya.

- Adalah lebih baik anda menjadi diri anda sendiri. Setiap orang punya personaliti yang unik dan tersendiri. Wanita akan mudah tertarik dengan personaliti lelaki yang unik dan tersendiri. 

5. Melamarnya ketika masih di awal perkenalan

- Untuk menjadi pasangan hidup seseorang, biasanya wanita perlukan banyak masa untuk berfikir. Banyak faktor di ambil kira. Oleh itu wanita tidak mudah menerima lamaran seseorang yang baru di kenalinya.

- Oleh itu lelaki perlu menjadi kawannya terlebih dahulu kemudian kawan baik dan seterusnya kekasih. Selepas itu barulah anda ada harapan di terimanya jika anda melamarnya untuk berkahwin. Pendek kata, step by step.

Semoga informasi di atas ini berguna bagi lelaki sedang memburu cinta sejati. Apa yang penting ialah mempraktikkan taktik yang berkesan dan usaha yang berterusan. InsyaAllah akan membuahkan hasil kelak..

sb : tak payah beli buku kat kedai..kat dunia maya ni berlambak tips pasal cinta hehe.. 



Wednesday, 22 June 2011

10 cara kekalkan cinta jarak jauh



Bagi sesiapa yang mempunyai pasangan jauh sememangnya berat dugaan dan cabarannya berbanding hubungan jarak dekat. Aku cakap ni juga mewakili pihak aku juga, jadi ingin aku berkongsi tips-tips berguna dengan korang:
1) Jujur
-Sikap ini perlu ada dalam pasangan masing-masing, kerana kejujuran itulah pendinding kepada hubungan korang.
2) Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap orang lain boleh mengugat kepercayaan kamu terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kepada pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura-ura mengatakan tentang pasanganmu disana, siasatlah dahulu
3) Sentiasa Bertanya Khabar
- Dalam sehari, hantarlah mesej kepadnya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bahwa kita disini tidak sesekali melupakannya
4) Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yang sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kadang-kadang sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, jangan cepat marah. Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yang dilakukannya. Lagipun bukan selalu dia tidak dapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu sahaja asyik sibuk dan jarang melayan kita, jangan syak apa-apa dahulu, siasatlah seperti bertanya pada rakan-rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.
5) Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh tidak boleh bergurau senda sperti pasangan dekat?, boleh sahaja. Ambillah masa berbual dengan pasanganmu, ceritalah hal-hal yang melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama-sama, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar
6) Bertukar Hadiah
-Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yang cantik, tak salah anda membelinya dan menghadiahkannya kepada pasanganmu, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun sebatang pen, ini menunujukkan anda juga juga seorang yang pandai menghargai.
7) Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yang ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu kerana bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya tidak stabil dan suka marah-marah atau naik angin walaupun hal kecil. Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah-marah tak tentu pasal tidaklah anda syak bukan-bukan kerana anda tahu masa-masa macamtu emosi sidia tidak stabil. Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu untuk menglakkan salah faham.
8 ) Gunakan Kelebihan IT
- Sekarang zaman moden, macam-macam jaringan komunikasi dan sosial ada seperti internet, facebook, myspace, skyfrens, dan sebagainya. Tak salah anda berdua berbalas email atau chatting si intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati
9) Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dengan adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit
10) Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya untuk mengetahui keadaan pasanganmu, ini akan mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu. Dan mungkin lebih teruk lagi dikhuatiri temannya jatuh cinta padamu lalu untuk mendapatkanmu, maka dia akan buat sesuatu yang bodoh.
Haa, inilah sedikit sebanyak tips yang aku gunakan untuk memastikan hubungan berjalan baik. Walaupun kadangkala terdapat perselisihan faham, namun jika gunakan tips ni insyallah hbungan korang akan berpanjangan. Sekian, selamat beramal.