SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 4 August 2011

main kutu cara moden

salam. korang mesti da terlalu biasa dengar pasal Infinity Downline (ID) kan?
meh sb tunjukkan camne benda tu terjadi.


nampak rajah kat atas? sebenarnya,konsep ID ni macam main duit kutu. kenapa orang tua-tua bagi nama "duit kutu"? sebab kutu kan berjangkit dari orang lain kepada kita.ikut turn.
so, ID n pun camtu jugak..cuma ID nih, makin kita usaha, makin banyak kita dapat. ID ni kutu moden le.. atau kutu berganda.

nak tengok hasil daripada game ni?



~ sb : so, camne?? xnak tambah duit ke? kalau berminat add sb kat fb then PM password ni kat sb "bhai..! aku pun nak duit..!"
then sb akan send PM korang step by step yang korang kena follow untuk menjadi Orang Kaya Baru. jangan risau, step gila senang.
bye...:D


Ramadhan..bahana hadis palsu terawih

salam ramadhan ditujukan kepada semua umat Islam.

sb rasa terpanggil untuk membuat post tentang tajuk ni, memandangkan ramai sangat friend kat fb update status nih. bukan apa, andai kata sb tegor diorang direct tanpa dalil yang jelas dan nyata memang diorang tuduh sb pulak yang jahil agama. entah-entah kena tuduh tak suka orang beribadah kepada Allah..

so, kawan-kawan sb yang sb sayang, tolong baca betol-betol dan mintak sangat-sangat tolong share post nih kat wall fb masing-masing. mudah-mudahan usaha kecil kita ni dinilai Allah dan membuat Allah sayangkan kita..ameen..



(klik sini)


~ sb : tq eh...peace :D

Wednesday, 3 August 2011

pantun nasihat

salam semua. kebetulan sb suka berpantun, sb wat la beberapa pantun nasihat khas untuk korang pembaca blog sb yang disayangi..dengar ya tuan hamba..

Kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam riang-riang
Menangis di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Ambil galah kupaskan jantung
Orang Arab bergoreng kicap
Kepada Allah tempat bergantung
Kepada Nabi tempat mengucap

Asam rumbia dibelah-belah
Buah separuh di dalam raga
Dunia ikut firman Allah
Akhirat dapat masuk surga

Belah buluh bersegi-segi
Buat mari serampang ikan
Kuasa Allah berbagi-bagi
Lebih laut dan juga daratan

Buah ini buah berangan
Masak dibungkus sapu tangan
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat kelak kampung halaman

Delima batu dipenggal-penggal
Bawa galah ke tanah merah
Lima waktu kalau ditinggal
Ibu bapak pasti marah

Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumat
Banyaklah nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

Orang Bayang pergi mengaji
Ke Cubadak jalan ke Panti
Meninggalkan sembahyang jadi berani
Seperti badan tak akan mati

Pangkal dibelit di pohon jarak
Jarak nan tumbuh tepi serambi
Jangan dibuat yang dilarang syarak
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi

Jarak nan tumbuh tepi serambi
Pohon kerekot bunganya sama
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi
Petuah diikut segala ulama

Pohon kerekot bunganya sama
Buahnya boleh dibuat colok
Petuah diikut semua ulama
Jangan dibawa berolok-olok

Rusa banyak dalam rimba
Kera pun banyak tengah berhimpun
Dosa banyak dalam dunia
Segeralah kita minta ampun

Kera banyak tengah berhimpun
Sandarkan galah pada pohon
Segeralah kita meminta ampun
Kepada Allah tempat bermohon

Tuman dipegang jatuh ke laut
Disambar yu jerung tenggiri
Imanpun tetap sehingga maut
Di situ baru tahukan diri

Disambar yu jerung tenggiri
Sutan Amat mandi bersimbur
Di situlah baru tahukan diri
Malaikat memalu dalam kubur

Kait-kait di padang temu
Terap ditimbun di ujung galah
Baik-baik berpegang pada ilmu
Harapkan ampun pada Allah

Temu itu banyak warnanya
Ada yang putih ada yang biru
Ilmu itu banyak gunanya
Tiada boleh orang menggaru

Pecah cawan di atas peti
Cawan minum Sutan Amat
Tuhan Allah yang mahasuci
Jangan dilupakan setiap saat

~ sb : beli jangan tak beli. hehe :D

*p/s : sungguh jelak melihat jelaga
penuh selirat di sini dan sana
bergelak tu gelaklah juga
pengajaran tersirat renungkan sama

Ramadhan..bazar dan dosa

salam semua. kelmarin sb ada singgah bazar depan masjid negeri (pahang). saja jalan-jalan jap sebelum azan maghrib. boleh tengok gelagat-gelagat manusia yang berpuasa nih. tapi, memang ramai la pegi bazar. tak tau kenapa (padahal diri sendiri ada kat bazar gak time tu -_-')

ramai kan? giler kan? siap ada road block lagi.

ok.abaikan 'road block' tu. sb nak bercerita pasal kandungan bazar nih. tau? makanan dan minuman pelbagai jenis, warna dan nama. korang pernah dengar 'Nasi Ayam Boxing'?

nampak? kepala pak cik tu pun dah senget sebab terkejut nama makanan tu.

memang xdapat dinafikan semua yang sb jeling dan pandang sedap-sedap belaka. kalau betol-betol ikutkan nafsu, haih..mau rm200 habis beli makanan. dah lapar, semua nampak sedap.

nasi kukuss..!! best nih..! T.T

nasi tomatoooooo......! sedapnye

haaaa..! steam bot.! meleleh air liur weh

nampak? sume kaler ade..haih..kalau lah ada 7 perut...T.T

ikan bako..! peveret nih..!

macam-macam jenis kuih. 


ayam perciiikk......!!



air gas pon nampak sedap time pose.

memang tergugat nafsu makan. kan? tapi, bukan ni yang sb nak citerkan. tapi pasal adab kita sebagai hamba Allah yang mengaku kita orang Islam. perangai macam mane? jap..tengok bawah



apa guna kita berpuasa kalau benda wajib yang lain kita abaikan. kalau diorang bukan orang Islam xde la pulak sb wat post untuk tegor benda tu. jaga nama Islam. kita hidup dan mati dalam Islam baru diredhai Allah.

~ sb : itu belum kira yang xpuasa langsung. sb nampak depan mata sendiri, kelmarin jugak. orang melayu makan secara terbuka dalam Kuantan Parade. kalau melayu mesti Islam, sebab penguatkuasa JAIP pernah gitau sb yang undang-undang tak pernah benarkan orang melayu murtad. sekian.






Tuesday, 2 August 2011

pelekat tenun

salam semua. sb nak rekemenkan kat korang semua pasal pelekat tenun kali ni. ramai lah yang tanya sb apa beza ngan yang jual kat pasar malam tu. sebenarnya banyak bezanya. 

1. warna kain pelekat tenun tak turun kalau basuh.
2. warna tak lusuh (still nampak baru even dah 2 tahun pakai.)
3. variasi warna yang menarik.
4. buatan tangan. (lebih halus)
5. juga cantik dijadikan sampin
 

p/s : sapa2 yang berminat sila pm sb kat fb yek.. :)

**nak tengok macam mane kain pelekat tenun tangan ni?? (klik

Monday, 1 August 2011

bertemu pak cik itik (pak tam raja lawak)

ari khamis minggu lepas, 28 julai 2011, sb gi pasar besar kuantan, sebelah the store tu ngan member, hassan basri. gi beli udang. rm 16 sekilo. mahal giler kan? sb tawar menawar ngan mak cik udang tu ;

sb - "cik, bape sekilo udang nih?"
- "rm 16 dik.."
sb - "lima belas la cik..nak pose ni, wat amal siket (tersenyum meggoda)"
- "kalo nak lima belas, adik kena jadik menantu mak cik la"
 *sb terus bayar rm16 kat dia dan blah.haha T.T

keluar dari pasar, ada pak cik menjerit "adik....! mari sini tengok itik gergasi..!"
sb ngan hassan terus pandang belakang..tau apa kitorang nampak?? nih..tengok bawah


beso giler kan???
sb terus menjerit - "cik...! cek la dulu..."
- "cek mende??!"
sb - "cek la, tu itik ke dinosaur..!"

so, kami berdua pun merapatkan diri ngan pak cik itik tu, menurut pak cik tu, itik ni, baru 2 bulan. berat dia pulak 3 kilo lebey. gila kan? dah nak sama berat ngan adek sb yang baru lahir. 

nampak beza ngan ayam?? 2 kali ganda

oh..jap,lupa nak tunjuk muka tokey dia, 


~ sb : lame jugak kami berdua bersembang dengan pak cik ni, merapu rapu dah orang tua tu. tapi best la. pak cik tu peramah. :D


lunch hour






Kaum hawa dan kaum adam memang sangat-sangat berbeza, baik dari segi pemikiran, kelakuan dan juga tatacara di kedai makan.baca dan bayangkan..
Lelaki

1 Masuk kedai
2. Ambik Pinggan
3. Ceduk nasi
4. Ceduk Lauk
5. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
6. Makan
7. Balik

Perempuan



1.      Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tengok kasut
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tengok2 nasi dalam pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak banyak la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik orang order air.. sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tengok orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
*p/s : sb gurau je ni.jangan amek hati eh.hehe. peace J