SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 5 September 2011

boleh je kalau nak ngumpat

salam semua. salam aidilfitri kepada yang muslim yang berpuasa penuh (uzur terkecuali).
hari ni, banyak betul sb jumpa komen yang marah bukak aib orang. 


- "buang la weh pic ni, aibkan orang dosa"
- "daripada ko aibkan dia baik ko tegur dia"
- "ko nak sangat tunjuk alim, asal ko bukak aib dia?!"

dan banyak lagi la komen - komen yang sebegitu. 

*************************
Firman Allah taala:
Allah tiada mengasihi mengeraskan perkataan yang jahat, kecuali (bagi) orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(an- Nisa': 148)

Firman Allah Taala:
"Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)

Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

masa dibolehkan ghibah(mengumpat):
Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..











1 comment:

Dayah chan said...

ahaha..gambar paling last 2 baru tgk..ado pulok gtu..haha