SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

muslimah vs tini pinky

salam. sb tadi terjumpa picture ni. baca komen-komen muslimah ni memang tergolek la. tak caya?
moh terjah..


Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)



Tutup aurat ni bukan setakat pakai tudung yang menutup rambut saja.

Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu sertaperempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah An.Nuur (60))
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

~ sb : yang terasa tu, maaf la. sb cuma jalankan amanah sb, tak nak sangkut depan Allah nanti. peace..! :D

Wednesday, 3 August 2011

Ramadhan..bazar dan dosa

salam semua. kelmarin sb ada singgah bazar depan masjid negeri (pahang). saja jalan-jalan jap sebelum azan maghrib. boleh tengok gelagat-gelagat manusia yang berpuasa nih. tapi, memang ramai la pegi bazar. tak tau kenapa (padahal diri sendiri ada kat bazar gak time tu -_-')

ramai kan? giler kan? siap ada road block lagi.

ok.abaikan 'road block' tu. sb nak bercerita pasal kandungan bazar nih. tau? makanan dan minuman pelbagai jenis, warna dan nama. korang pernah dengar 'Nasi Ayam Boxing'?

nampak? kepala pak cik tu pun dah senget sebab terkejut nama makanan tu.

memang xdapat dinafikan semua yang sb jeling dan pandang sedap-sedap belaka. kalau betol-betol ikutkan nafsu, haih..mau rm200 habis beli makanan. dah lapar, semua nampak sedap.

nasi kukuss..!! best nih..! T.T

nasi tomatoooooo......! sedapnye

haaaa..! steam bot.! meleleh air liur weh

nampak? sume kaler ade..haih..kalau lah ada 7 perut...T.T

ikan bako..! peveret nih..!

macam-macam jenis kuih. 


ayam perciiikk......!!



air gas pon nampak sedap time pose.

memang tergugat nafsu makan. kan? tapi, bukan ni yang sb nak citerkan. tapi pasal adab kita sebagai hamba Allah yang mengaku kita orang Islam. perangai macam mane? jap..tengok bawah



apa guna kita berpuasa kalau benda wajib yang lain kita abaikan. kalau diorang bukan orang Islam xde la pulak sb wat post untuk tegor benda tu. jaga nama Islam. kita hidup dan mati dalam Islam baru diredhai Allah.

~ sb : itu belum kira yang xpuasa langsung. sb nampak depan mata sendiri, kelmarin jugak. orang melayu makan secara terbuka dalam Kuantan Parade. kalau melayu mesti Islam, sebab penguatkuasa JAIP pernah gitau sb yang undang-undang tak pernah benarkan orang melayu murtad. sekian.






Sunday, 26 June 2011

buat apa pakai tudung?? tak seksi lah


rasanya tak perlu SB huraikan maksud gambar kat atas ngan panjang lebar.sebab ini bukan perkara yang baru dan bukan SB sahaja yang pernah lihat dengan mata kepala sendiri.

post kali ni bukan SB nak aibkan sape sape. cuma SB rasa ini tanggungjawab SB sebagai umat Islam. kang tak pasal2 nanti kena soal ngan Allah kat akhirat.

lihat dan perhatikan gambar2 kat bawah ni.bukan panduan fesyen tetapi sebagai pengajaran..



-mana sensitiviti kita umat Islam?? adakah tujuan Allah menyuruh kita menutup aurat adalah satu gurauan??


-yang ini sangat2 jelas berlaku.. apa tidaknya, kalau pakai xkan nampak betis sebab kain 'ter'belah kan??
-tak tau kain 'ter'belah' tu ape? 

-da faham??


-T-shirt yang dipakai sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada Bentuk payudara pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?
-Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh lelaki bukan muhrim.



-ini pulak trend zaman sekarang..pakai tudung tapi pakai legging.tak tau sape yang bawak trend bodoh ni. ada orang cakap dari artis bertudung yang femes sekarang ni. xtau la sape.
-inilah masalah masyarakat kita, (Islam khususnya) kita lebih suka menjadikan golongan artis sebagai idola dan panduan hidup kita. bukan Muhammad s.a.w. yang diibaratkan sebagai Quran berjalan.





akhir kata dari SB :-






Thursday, 23 June 2011

perempuan bertudung adalah lebih baik


ok, kita selalu dengar "alah..pakai ke tak pakai, tak kesah lah. yang penting hati baik"memang lah hati yang paling penting dan patut dijaga, tapi kita kena selalu ingat kita hidup ini sebagai hamba yang perlu mentaati suruhan Yang Maha Esa, sama ada terpaksa atau secara hati yang lapang.
antara yang saya boleh buktikan yang mereka yang berjilbab atau bertudung adalah lebih baik. 
tetapi kita juga perlu tau kesilapan ketika bertudung. 
mari luangkan masa untuk baca dan merenung.. 

1) Tuntutan agama
- “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya."
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.
3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun. tapi jangan ternak dalam zoo bertudung pulak.
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98%  lelaki yang normal (termasuk penulis, SB) mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya).. cair weh tengok pompuan bertudung senyum.
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain. renungkan...
8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Tuesday, 14 June 2011

kasihani kami wahai kaum Hawa


Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan dan masalah seperti ini, namun tidak dinafikan mungkin ramai yang menghadapinya. Luahannya bukan ingin menyalahkan wanita tetapi meminta bantuan para wanita agar lelaki boleh lebih mudah mengatasi nafsu yang menjadi ujian kepadanya.


Sekian

Wednesday, 1 June 2011

Dah bertudung, tapi...























~SB : ramai yang menganggap masalah2 yang ditunjukkan di atas sebagai benda yang remeh. malah, yang lebih menyedihkan apabila mereka mendakwa menutup aurat itu menyusahkan, tidak praktikal dan ketinggalan zaman.. mudah2 han kita sama2 mendapat ridha Allah...



~Waallahu'alam~