SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Monday, 5 September 2011

boleh je kalau nak ngumpat

salam semua. salam aidilfitri kepada yang muslim yang berpuasa penuh (uzur terkecuali).
hari ni, banyak betul sb jumpa komen yang marah bukak aib orang. 


- "buang la weh pic ni, aibkan orang dosa"
- "daripada ko aibkan dia baik ko tegur dia"
- "ko nak sangat tunjuk alim, asal ko bukak aib dia?!"

dan banyak lagi la komen - komen yang sebegitu. 

*************************
Firman Allah taala:
Allah tiada mengasihi mengeraskan perkataan yang jahat, kecuali (bagi) orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(an- Nisa': 148)

Firman Allah Taala:
"Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)

Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

masa dibolehkan ghibah(mengumpat):
Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..











jika lembu berbicara

#dipetik daripada syahiruldotcom
******************************

LEMBU OH LEMBU.. KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP..
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU: Itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: Tuan tak sembahyang?
LELAKI: Tidak.

LEMBU: Samalah kita.
LELAKI: =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Wednesday, 24 August 2011

tazkirah = haram ?

salam. tadik macam biasa, sb pergi masjid perumahan sb untuk solat isyak berjemaah dan terawih.
habis je 4 rakaat terawih, sb pelik. asal imam terus bangun? takde tazkirah ke?
bila dah selesai witir abah cakap "mufti dah haramkan tazkirah kat semua masjid..atas alasan mengganggu solat"
terkilan jugak la bila orang yang lebih berilmu daripada kita boleh cakap macam tu.
mercun tak pulak mengganggu? orang merempit? pak cik yang bersembang kuat-kuat tu?

tazkirah bermaksud memberi peringatan tentang agama Allah berdasarkan Quran dan hadis Muhammad saw.
macam mana boleh haram? satu lagi alasan yang sb langsung tak boleh terima. "nanti dicampur adukkan politik dan agama" Islam adalah agama dari Allah yang paling sempurna sifatnya, mencakupi segala aspek hidup kita sebagai makhluk yang hanya menumpang di bumi Dia. bukankah Muhammad dan khulafa' ar-Rasyidin adalah ahli politik yang berjaya hingga ke negeri akhirat?

apa yang mereka bimbangkan? bukankah Muhammad juga selalu mengingatkan para sahabat dengan ayat-ayat Allah? adakah Islam itu hanya ketika berlakunya kematian dan perkahwinan? dalam mentadbir negara juga perlu mengikut acuan Islam sepenuhnya. mereka mengatakan politik dan hal pentadbiran perlu diasingkan dari agama. alangkah jahilnya mereka. andai kata ditakdirkan kita mati dalam masa kita menguruskan hal politik atau pentadbiran negara. adakah kita menghadap Allah dalam keadaan kita tidak Islam? 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.
(al-Baqarah : 208)

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 
(al-Baqarah : 132)


~ sb : hidupkan peranan masjid sebagai 'telaga ilmu'. peace... :D

*luahan rasa kesal pengharaman tazkirah ----> (klik)


Monday, 15 August 2011

ribena haram

salam. 2 hari lepas, sb ada tonton video ustaz Azhar Idrus (orang kuantan panggil ustaz janggut), pasal pengharaman ribena dan coke. 
tadi, sb adalah tegur sorang mak cik ni pasal ribena. sb cakap yang sb tengok video ustaz janggut, pastu dia cakap.."eh..takkan lah, ustaz tu tipu kot..."
pelik kan masyarakat sekarang? salahkan orang lebih berilmu daripada diri sendiri hanya kerana tidak dapat menerima kesalahan yang dibuat sendiri. 
peranan ustaz adalah untuk menyampaikan membetulkan segala apa yang berlaku di dalam masyarakat agar tidak dimurkai Allah kemudian harinya...
ni ha video tu :
  


~ sb : mem,ang ada je ulama' yang menipu, tapi bagi sb secara peribadi dan sebagai seorang muslim, baik kita jauhkan yang syubhah kan? semoga kita mendapat rahmat Allah..ameen... :D

Tuesday, 9 August 2011

puasa.tak solat

Tanya:
Asslmwrwb. saya mau brtanya. Apakah puasa kita sah bila kita tidak melaksanakan solat fardhu? 



Jawab:
Waslm. Wr. Wb.
Solat lima waktu adalah wajib dilakukan oleh setiap muslim, sama halnya dengan berpuasa selama bulan Ramadhan. Jika seorang yang sedang puasa Ramadhan namun dia tidak melaksanakan solat lima waktu maka memang puasanya tidak batal tapi dia telah berdosa besar kerana tidak melaksanakan kewajiban lainnya yakni solat lima waktu. Bahkan boleh jadi puasanya pun tidak sah, kerana tidak melaksanakan solat lima waktu itu adalah bererti dia menolak hukum Allah SWT sehingga status dirinya adalah kafir dan orang kafir tidak sah melakukan puasa Ramadhan. Rasulullah saw menyatakan :
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ (رواه البخاري
Islam itu dibangun di atas lima hal yakni syahadah Tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad itu adalah Rasulullah, melaksanakan shalat, membayar zakat, hajji dan berpuasa di bulan Ramadhan
Bahkan ketika Rasulullah saw mengutus Mu’adz bin Jabbal ke Yaman, maka baginda bersabda :
إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ أَهْلِ كِتَابٍ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ فَإِذَا عَرَفُوا اللَّهَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ (رواه البخاري
Sungguh kamu akan mendatangi suatu kaum dari kalangan ahli kitab, maka jadikanlah olehmu yang pertama kali kamu serukan kepada mereka adalah taat kepada Allah (عِبَادَةُ اللَّهِ) lalu jika mereka telah iman kepada Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa Allah telah memfardlukan kepada mereka lima kali shalat dalam sehari dan semalam.

*link ini adalah bonus buat kalian...(klik) 
*p/s : sb dalam tu bukan salman bhai ye..:)

~ sb : selamat berpuasa dan beribadah..:D

Monday, 8 August 2011

siapa mak cik hajjah sitt al-wuzara?

salam perpaduan dan perjuangan wahai umat Islam sekaliannya. 

sb yakin masih ramai umat Islam yang tidak tahu langsung tentang mak cik sitt al-wuzara ni. mengikut daripada apa yang telah sb baca, asal agama dia adalah Islam. tapi, sekarang adalah pejuang kuat atheis untuk menjatuhkan Islam.



untuk info lebih (klik sini).

bukti penghinaan mak cik ini terhadap agama Allah boleh dilihat..;

1. klik
2. klik

tapi kan, sb rasa mungkin ni sebahagian rancangan untuk kepentingan individu tertentu. kenapa sb cakap gitu?
cuba klik ni,
 i. (klik)   <----  yang blog ni kutuk mak cik tu serta umno
 ii. (klik)  <----- yang ni pun kutuk mak cik tu, dan dalam masa yang sama mengata parti pembangkang

so, kalau korang tanya pendapat sb, baik kita jangan bertindak melulu. cuba selidik dan bertanya sahabat-sahabat kita yang lebih arif. bukan apa, sb cuma teringat sepotong hadis Muhammad saw ;
yang bermaksud "bukanlah dia sorang mukmin jika dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji" (H.R. at-Tirmizi)

"celakalah bagi setiap pencaci dan pengeji" - (al - Humazah ayat 1)

baginda saw juga pernah bersabda yang bermaksud "sesiapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (H.R. Bukhari dan Muslim)

yang ni pulak link (klik sini) tentang perasaan kecewa seseorang yang merasakan mak cik itu adalah kawannya.

terima kasih kepada kawan sb, hassan basri sebab telah bagi cadangan untuk buat satu post pasal mak cik ni.

~ sb : memang halal darahnya untuk dibunuh jika tidak bertaubat selepas diberi peringatan selama 3 kali.
tapi, bagi sb secara peribadi, kita tak boleh main redah je. nak terus pancung je mak cik ni. kalau ikutkan hati sb pun nak sula je mak cik ni.

 tapi, cuba kita ambik iktibar daripada peristiwa yang berlaku di zaman baginda saw. Apabila baginda ditanya oleh sahabat kenapa tak dibunuh je kaum munafik di Makkah?? padahal baginda memang dah tau dan kenal siapa yang munafik ketika itu. kenapa baginda tak bunuh je diorang? 

sebab, baginda tau akan timbulnya fitnah daripada kelakuan baginda itu nanti. orang-orang kafir akan mengambil kesempatan dengan menabur fitnah seperti "tengok tu...! Muhammad bunuh pengikut sendiri"
sebab orang munafik luaran sama dengan kita yang beriman kepada Allah, cuma dalam je beza. dalam kes mak cik tu pulak, mungkin orang-orang seangkatan dengan mak cik tu akan wat fitnah "Islam suka bunuh orang".

p/s : murtad memang perlu dibendung. tapi, dengan cara yang bijaksana agar tidak mencemarkan nama Islam sendiri.
***apa-apa komen atau maklumat berkaitan mak cik ini atau mana-mana post dalam blog ni, boleh berbuat demikian dengan postkan ke official page sb (salman bhai (SB)). tq :D


Sunday, 7 August 2011

Sembunyikan cinta

salam sekalian pengunjung blog sb. kalau tak silap, dalam dua hari lepas, sb ada terbaca satu hadis junjungan mulia, Muhammad saw yang bermaksud "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” [HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailani dan lain-lain.]



disebabkan tidak berapa jelas dan faham apa yang ingin disampaikan melalui hadis itu, sb pun bertanya kepada sahibah sb yang lebih arif, cik Solehah.(maaf xdisediakan link untuk ke acc. fb beliau, atas sebab-sebab tertentu).

Alhamdulillah, cik Solehah memberikan jawapan yang cukup memuaskan hati orang seperti kita yang dahagakan ilmu, apa lagi ilmu yang berkaitan dengan agama kita sendiri. Jadi, sb wat post ni untuk berkongsi ilmu dengan saudara dan saudari seagama untuk pegangan hidup kita di bumi Allah.

------------> (klik sini)

Mohon bantuan kalian share kepada yang lain, kerana jika bukan kita yang menghulurkan tangan untuk memartabatkan Islam, siapa lagi? semoga kita tergolong dalam golongan yang berjaya dalam menegakkan syariat agama, agar kita sekurang-kurangnya tidak dimurkai Allah dan tidak membuat Muhammad kesayangan kita bersedih kerana umatnya lebih ramai yang dicampak ke dalam api Allah..

~ sb : dirikan solat. tegakkan Islam. Islam itu indah. :D

Thursday, 4 August 2011

Ramadhan..bahana hadis palsu terawih

salam ramadhan ditujukan kepada semua umat Islam.

sb rasa terpanggil untuk membuat post tentang tajuk ni, memandangkan ramai sangat friend kat fb update status nih. bukan apa, andai kata sb tegor diorang direct tanpa dalil yang jelas dan nyata memang diorang tuduh sb pulak yang jahil agama. entah-entah kena tuduh tak suka orang beribadah kepada Allah..

so, kawan-kawan sb yang sb sayang, tolong baca betol-betol dan mintak sangat-sangat tolong share post nih kat wall fb masing-masing. mudah-mudahan usaha kecil kita ni dinilai Allah dan membuat Allah sayangkan kita..ameen..



(klik sini)


~ sb : tq eh...peace :D

Wednesday, 3 August 2011

pantun nasihat

salam semua. kebetulan sb suka berpantun, sb wat la beberapa pantun nasihat khas untuk korang pembaca blog sb yang disayangi..dengar ya tuan hamba..

Kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam riang-riang
Menangis di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Ambil galah kupaskan jantung
Orang Arab bergoreng kicap
Kepada Allah tempat bergantung
Kepada Nabi tempat mengucap

Asam rumbia dibelah-belah
Buah separuh di dalam raga
Dunia ikut firman Allah
Akhirat dapat masuk surga

Belah buluh bersegi-segi
Buat mari serampang ikan
Kuasa Allah berbagi-bagi
Lebih laut dan juga daratan

Buah ini buah berangan
Masak dibungkus sapu tangan
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat kelak kampung halaman

Delima batu dipenggal-penggal
Bawa galah ke tanah merah
Lima waktu kalau ditinggal
Ibu bapak pasti marah

Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumat
Banyaklah nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

Orang Bayang pergi mengaji
Ke Cubadak jalan ke Panti
Meninggalkan sembahyang jadi berani
Seperti badan tak akan mati

Pangkal dibelit di pohon jarak
Jarak nan tumbuh tepi serambi
Jangan dibuat yang dilarang syarak
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi

Jarak nan tumbuh tepi serambi
Pohon kerekot bunganya sama
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi
Petuah diikut segala ulama

Pohon kerekot bunganya sama
Buahnya boleh dibuat colok
Petuah diikut semua ulama
Jangan dibawa berolok-olok

Rusa banyak dalam rimba
Kera pun banyak tengah berhimpun
Dosa banyak dalam dunia
Segeralah kita minta ampun

Kera banyak tengah berhimpun
Sandarkan galah pada pohon
Segeralah kita meminta ampun
Kepada Allah tempat bermohon

Tuman dipegang jatuh ke laut
Disambar yu jerung tenggiri
Imanpun tetap sehingga maut
Di situ baru tahukan diri

Disambar yu jerung tenggiri
Sutan Amat mandi bersimbur
Di situlah baru tahukan diri
Malaikat memalu dalam kubur

Kait-kait di padang temu
Terap ditimbun di ujung galah
Baik-baik berpegang pada ilmu
Harapkan ampun pada Allah

Temu itu banyak warnanya
Ada yang putih ada yang biru
Ilmu itu banyak gunanya
Tiada boleh orang menggaru

Pecah cawan di atas peti
Cawan minum Sutan Amat
Tuhan Allah yang mahasuci
Jangan dilupakan setiap saat

~ sb : beli jangan tak beli. hehe :D

*p/s : sungguh jelak melihat jelaga
penuh selirat di sini dan sana
bergelak tu gelaklah juga
pengajaran tersirat renungkan sama

Ramadhan..bazar dan dosa

salam semua. kelmarin sb ada singgah bazar depan masjid negeri (pahang). saja jalan-jalan jap sebelum azan maghrib. boleh tengok gelagat-gelagat manusia yang berpuasa nih. tapi, memang ramai la pegi bazar. tak tau kenapa (padahal diri sendiri ada kat bazar gak time tu -_-')

ramai kan? giler kan? siap ada road block lagi.

ok.abaikan 'road block' tu. sb nak bercerita pasal kandungan bazar nih. tau? makanan dan minuman pelbagai jenis, warna dan nama. korang pernah dengar 'Nasi Ayam Boxing'?

nampak? kepala pak cik tu pun dah senget sebab terkejut nama makanan tu.

memang xdapat dinafikan semua yang sb jeling dan pandang sedap-sedap belaka. kalau betol-betol ikutkan nafsu, haih..mau rm200 habis beli makanan. dah lapar, semua nampak sedap.

nasi kukuss..!! best nih..! T.T

nasi tomatoooooo......! sedapnye

haaaa..! steam bot.! meleleh air liur weh

nampak? sume kaler ade..haih..kalau lah ada 7 perut...T.T

ikan bako..! peveret nih..!

macam-macam jenis kuih. 


ayam perciiikk......!!



air gas pon nampak sedap time pose.

memang tergugat nafsu makan. kan? tapi, bukan ni yang sb nak citerkan. tapi pasal adab kita sebagai hamba Allah yang mengaku kita orang Islam. perangai macam mane? jap..tengok bawah



apa guna kita berpuasa kalau benda wajib yang lain kita abaikan. kalau diorang bukan orang Islam xde la pulak sb wat post untuk tegor benda tu. jaga nama Islam. kita hidup dan mati dalam Islam baru diredhai Allah.

~ sb : itu belum kira yang xpuasa langsung. sb nampak depan mata sendiri, kelmarin jugak. orang melayu makan secara terbuka dalam Kuantan Parade. kalau melayu mesti Islam, sebab penguatkuasa JAIP pernah gitau sb yang undang-undang tak pernah benarkan orang melayu murtad. sekian.






Monday, 1 August 2011

lunch hour






Kaum hawa dan kaum adam memang sangat-sangat berbeza, baik dari segi pemikiran, kelakuan dan juga tatacara di kedai makan.baca dan bayangkan..
Lelaki

1 Masuk kedai
2. Ambik Pinggan
3. Ceduk nasi
4. Ceduk Lauk
5. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
6. Makan
7. Balik

Perempuan



1.      Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tengok kasut
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tengok2 nasi dalam pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak banyak la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik orang order air.. sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tengok orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
*p/s : sb gurau je ni.jangan amek hati eh.hehe. peace J

Tuesday, 26 July 2011

siapa sahabat setia?


salam. pertamanya, sb nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower blog sb ni. tq sangat-sangat. tanpa sokongan daripada korang semua, sb tak kan dapat jadik blogger sampai sekarang.tq tau. :)

so, untuk korang semua, post kali ni, sb wat pasal sahabat setia ni. 




Hadis riwayat daripada Rasulullah saw yang bermaksud....

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan"

Saiyidina Ali r.a pernah berkata:-

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

Abu Sulaima al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilh rakan:
·                     Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
·                     Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Al Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:-
1.             Jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2.           Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3.           Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4.           Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

~ sb : so, renungkan..dan bg sb, korang semua memang terbaek dalam berkawan... :D

Friday, 22 July 2011

4 nasihat bagi mereka yang bercinta

salam. sb nak bagi sedikit nasihat dan teguran kepada mereka yang tengah berkapel. bukan apa, sekadar berpesan kepada kebenaran.semoga kita tidak dimurkai Allah, pemilik tunggal alam ini. mari kita baca ;

1. jangan biarkan si dia merasai nikmat asmara mu itu, sebelum secara sah diijab kabulkan dengan mu.

2. bercinta dan menyayangi si dia sekadarnya, jangan sampai melebihkan pakwe/makwe daripada cinta kepada Allah swt

3. buktikan lafaz 'i love u' dengan membina keluarga bersama berlandaskan syariat Islam.

4. jika mahu mendapat pasangan yang baik untuk kita, maka kita yang perlu jadi yang terbaik terlebih dahulu.

~ sb : akhir kata, bercinta dengan manusia hanya untuk mendapatkan cinta-Nya yang Maha Agong dan kekal abadi. peace.. :D


Sunday, 26 June 2011

buat apa pakai tudung?? tak seksi lah


rasanya tak perlu SB huraikan maksud gambar kat atas ngan panjang lebar.sebab ini bukan perkara yang baru dan bukan SB sahaja yang pernah lihat dengan mata kepala sendiri.

post kali ni bukan SB nak aibkan sape sape. cuma SB rasa ini tanggungjawab SB sebagai umat Islam. kang tak pasal2 nanti kena soal ngan Allah kat akhirat.

lihat dan perhatikan gambar2 kat bawah ni.bukan panduan fesyen tetapi sebagai pengajaran..



-mana sensitiviti kita umat Islam?? adakah tujuan Allah menyuruh kita menutup aurat adalah satu gurauan??


-yang ini sangat2 jelas berlaku.. apa tidaknya, kalau pakai xkan nampak betis sebab kain 'ter'belah kan??
-tak tau kain 'ter'belah' tu ape? 

-da faham??


-T-shirt yang dipakai sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada Bentuk payudara pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?
-Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh lelaki bukan muhrim.



-ini pulak trend zaman sekarang..pakai tudung tapi pakai legging.tak tau sape yang bawak trend bodoh ni. ada orang cakap dari artis bertudung yang femes sekarang ni. xtau la sape.
-inilah masalah masyarakat kita, (Islam khususnya) kita lebih suka menjadikan golongan artis sebagai idola dan panduan hidup kita. bukan Muhammad s.a.w. yang diibaratkan sebagai Quran berjalan.





akhir kata dari SB :-