SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Ibu Mithali


salam. sebenarnya sb nak sambung sirah junjungan kita, Muhammad saw hari ni, sebab nak habiskan dalam bulan Ramadhan ni. tapi, entah lah. tiba-tiba tergerak hati nak baca note pasal seorang ibu yang redha akan pemergian anak lelakinya menghadap Allah swt. note ni dah lama, baru tadi baca.

nah link dia --------> (klik sini)



dah baca ke? jujurnya, sb tak baca sampai habis pun. bukan tak nak, tapi tak leh. sebak. sebab, kagum dengan ketabahan seorang hamba Allah ni, yang masih mampu tersenyum bila Izrail sudah mencabut nyawa anaknya. sebelum kematian anaknya, si ibu cuba sedaya-upaya untuk memenuhi segala permintaan anaknya.

~ sb : suka untuk sb petik apa yang telah disampaikan oleh YB Dato' Ustaz Ismail Kamus dalam satu siri ceramah beliau, "Berkata Abu Hind ad-Daarimi r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah swt telah berfirman
"Barangsiapa yang tidak redha dengan hukumKu dan tidak bersabar dengan balaKu maka carilah tuhan yang lain selain Aku.

(Riwayat Ibn Hibban, at-Thabarani dan Ibn Asakir)



Monday, 27 June 2011

jiwa tak tenang?






Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada 
meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada
 
Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan
 
dengan khusyuk.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah
 
ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu
 
yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram,
 
fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."
Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke
 
tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau
 
kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

"Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada
 
Allah.

"Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan
 
ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon
 
kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

 "Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram,


mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana 
hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca
 
al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya
 
berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang
 
selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan
 
kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak
 
meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada
 
pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada
 
waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang
 
lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu
 
menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang
 
bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah
 
dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah
 
hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)