SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, 15 July 2011

BERS✔H..rakyat dizalimi

salam semua pembaca blog sb. firstly, sori sangat2 sebab ni dah masuk post yang ketiga tentang BERSH. tapi, sb rasa ni amanah yang perlu disampaikan kepada umum, sebab ;

sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
sila tonton ye..penuh aksi ni. : 
  




dah ke?

betol dah tengok sampai abes?
baca ni pulak..

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِناً إِلاَّ خَطَئاً وَمَن قَتَلَ مُؤْمِناً خَطَئاً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلاَّ أَن يَصَّدَّقُواْ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مْؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةً فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللّهِ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

[4:92] Dan tidak layak bagi seorang mu'min membunuh seorang mu'min (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja)334, dan barangsiapa membunuh seorang mu'min karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat335 yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah336. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya337, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِناً مُّتَعَمِّداً فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِداً فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَاباً عَظِيماً

[4:93] Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginnya.


~ sb : korang sendiri boleh nilai kan? memang la sb x cukup umur lagi nak mengundi. baru 20. tapi kalau sb mati sebelum 21? kalau Allah tanya apa usaha sb selama 20 tahun hidup untuk tegakkan Islam?
Allah Maha Adil, Dia tak tanya apa hasil, tetapi apa usaha untuk ke arah tu..renung-renungkan lah.. peace   :D

Monday, 11 July 2011

BERS✔H..luahan A.Samad Said



PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka,
Warna kuning diisytihar racun terbisa,
Diragutnya baju-T seragam tenaga,
Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit smula perca kain,
Menjadikannya panji terindah dan tulen,
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
Kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungki diramas,
Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas,
Memanglah mereka kini peludah warna,
Sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nukilan;
A.Samad Said.

Ditaip dengan ikhlas;
A.Salman Bhai

Saturday, 9 July 2011

BERS✔H.. fakta di sebaliknya..



Dari Ali bin Abi Thalib Ra. Dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW.: 
“Sudah hampir tiba suatu zaman, pada waktu tersebut tidak ada lagi dari nilai-nilai Islam kecuali hanya pada namanya sahaja dan tidak ada dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama dicela dan dianggap sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit dan di atas muka bumi. Dari merekalah berpunca segala Fitnah dan kepada mereka Fitnah itu akan kembali .”
 
(HR. al-Baihaqi)
salam semua. hari ni, SB nak kongsikan beberapa fakta menarik yang SB rasa korang patot tau sebab ianya berkait dengan masa depan negara kita. bak kata mahatma gandhi - "dunia ini bukan diwarisi oleh nenek moyang kita, tapi pinjaman dari cucu - cicit kita"
so, renungkanlah ye.. klik link kat bawah ni :

-----> sini ye :) (perhatikan gambar2 dan komen2 kat bawah tu..memang tak leh paksa orang setuju ngan kita, sebab tu SB suh korang nilai sendiri.. sebab kadangkala gambar memberi 1001 makna) :D

~ sb : setiap orang ada pandangan masing-masing dalam setiap perkara. ambik yang jernih je, yang keruh jangan ambik jugak...peace :D