SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Ayat AQ. Show all posts
Showing posts with label Ayat AQ. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

kelebihan Al - Kautsar


salam. pertamanya terima kasih kepada sahibah sb, Nurul Syafiqah Mohd Azmi kerana perkongsian ilmu ini. 
Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam ‘sampaikan dariku walaupun sepotong ayat’.
jadi, oleh kerana wasiat Muhammad saw, rasul kesayangan warga langit juga bumi sb nak kongsi akan fadhilat jika beramal dengan surah ini.

sb cuma 'copy and paste' daripada note syafiqah azmi.

***********************

Salam Alaik,
Semoga sahabat semua dalam keadaan baik.Sedikit perkongsian tentang Surah Al-kauthar.

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*************************



~ sb : Allah swt berfirman yang bermaksud "dan Kami turunkan dari Al - Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" - (al-Isra' : 82)
tepuk dada tanya iman. :D

Wednesday, 24 August 2011

tazkirah = haram ?

salam. tadik macam biasa, sb pergi masjid perumahan sb untuk solat isyak berjemaah dan terawih.
habis je 4 rakaat terawih, sb pelik. asal imam terus bangun? takde tazkirah ke?
bila dah selesai witir abah cakap "mufti dah haramkan tazkirah kat semua masjid..atas alasan mengganggu solat"
terkilan jugak la bila orang yang lebih berilmu daripada kita boleh cakap macam tu.
mercun tak pulak mengganggu? orang merempit? pak cik yang bersembang kuat-kuat tu?

tazkirah bermaksud memberi peringatan tentang agama Allah berdasarkan Quran dan hadis Muhammad saw.
macam mana boleh haram? satu lagi alasan yang sb langsung tak boleh terima. "nanti dicampur adukkan politik dan agama" Islam adalah agama dari Allah yang paling sempurna sifatnya, mencakupi segala aspek hidup kita sebagai makhluk yang hanya menumpang di bumi Dia. bukankah Muhammad dan khulafa' ar-Rasyidin adalah ahli politik yang berjaya hingga ke negeri akhirat?

apa yang mereka bimbangkan? bukankah Muhammad juga selalu mengingatkan para sahabat dengan ayat-ayat Allah? adakah Islam itu hanya ketika berlakunya kematian dan perkahwinan? dalam mentadbir negara juga perlu mengikut acuan Islam sepenuhnya. mereka mengatakan politik dan hal pentadbiran perlu diasingkan dari agama. alangkah jahilnya mereka. andai kata ditakdirkan kita mati dalam masa kita menguruskan hal politik atau pentadbiran negara. adakah kita menghadap Allah dalam keadaan kita tidak Islam? 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.
(al-Baqarah : 208)

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 
(al-Baqarah : 132)


~ sb : hidupkan peranan masjid sebagai 'telaga ilmu'. peace... :D

*luahan rasa kesal pengharaman tazkirah ----> (klik)


Friday, 5 August 2011

Tafsirul Quran...Al - Fatihah



1. In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful
2. All praises to Allah, Lord of the entire world
3. The Entirely Merciful, the Especially Merciful
4. Sovereign of the Day of Recompense
5. It is YOU, who we worship and who we do ask for help
6. Guide us to straight path
7. The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
  

Saturday, 9 July 2011

Ayat pengasih Yusuf a.s.

salam. SB nak share ilmu ayat pengasih kat korang semua.Jangan risau, ni bukan jampi serapah tapi ayat-ayat suci AQ.Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai. 

Ayat 4 Surah Yusuf"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39

Ayat 39 Surah Thaaha"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"


Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya: 
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*selalu kita nampak warning "jangan guna ayat ini untuk tujuan yang tak baik" kan? tapi, bagi SB sendiri, tak kan lah benda ni berkesan kalau wat benda jahat guna ayat ni, apa lagi ni ayat AQ.. kan Allah da janji akan jaga kalam Nya..kan?? peace.. :D