SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label senda gurau. Show all posts
Showing posts with label senda gurau. Show all posts

Monday, 5 September 2011

jika lembu berbicara

#dipetik daripada syahiruldotcom
******************************

LEMBU OH LEMBU.. KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP..
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU: Itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: Tuan tak sembahyang?
LELAKI: Tidak.

LEMBU: Samalah kita.
LELAKI: =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Thursday, 25 August 2011

ragam mereka

salam. post malam ni sb nak tunjuk macam-macam ragam manusia atas bumi ni. moh le terjah...
sebelum tu..nak pesan sikit, jangan gelak tau... ^.^


*cari apa tu bang? tutup cepat. kang terbang lagi.

*over excited sampai lupe mana kaki... ? -_-'

*pergh...kembar ke? haha

*panjangnye tangan bang... T.T

*sape yang nak curi benda ni pak cik?! 

*besarnya anjing ni. 
agak-agak la..kalau anjing tu peluk tuan dia..mati tak?

*sekali pandang cam pompuan dua-dua orang ni kan?

*kalau ni? sekali pandang macam..??? -..-
#cun la awak ni. six pack..! haha

*mana lu mau lari?  

akhir sekali, cuba korang sume cari orang tersembunyi kat dalam gambar bawah ni.


~ sb : gurauan semata...peace..! :D











Tuesday, 23 August 2011

lawak



Cerita : Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita : Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita : Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Thursday, 18 August 2011

terpotong


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Usop terpandang Razak sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Usop. 
Usop : Kenapa menangis? 
Razak : Saya datang untuk ujian darah. 
Usop : Awak takut ke? 
Razak : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong 
jari saya.
Mendengarkan penjelasan Usop, Razak pula menangis. 
Usop : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Razak : Saya datang untuk ujian air kencing... 


~ sb : takut kan? haha

di bilik mayat

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. 

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. 

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... 

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !! 

*gambar skedar hiasan..jumpa kat google.haha



Wednesday, 17 August 2011

10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG



sepuluh : rasa malu bila bercakap dengan dia

sembilan :anda perasan anda tersenyum bila brcakap dengannya

lapan :kalau terlihat dia, tak nampak orang laen

enam :sentiasa teringat dia

lima :happy bila bercakap dengannya

empat :akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya

tiga :apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia

dua :sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nombor tujuh tak ada dalam senarai

satu :anda trgelak lepas check memang tak ada

#haha..gurauan sahaja…

Thursday, 11 August 2011

bahasa ganu pure

salam...sape anak jati ganu?? angkat tangan. serious ni, nak kira.haha. sb pun asal bumi penyu. bermaustautin kat kuantan. rindu nak dengar orang ganu speaking..then, tadi jumpa picture ni,.




kelakar giler kan? haha.

~ sb : kalau tak paham tanya..:)

kisah juha...berpuasa 40 hari

*dipetik daripada blog ini.





Menjadi rutin harian Juha pada bulan Ramadhan, dengan melontar seketul batu ke dalam sebuah tempayan untuk menunjukkan bilangan hari yang telah dia puasa. Nak jadikan cerita, pada suatu hari, perbuatan dia telahpun dilihat oleh anak perempuannya, oleh disebabkan tidak memahami apa kehendak ayah dia, budak perempuan ni pun mengambil segenggam batu dengan tangannya,lalu diisi ke dalam tempayan tersebut dengan menyangka perbuatnnya itu dapat membantu ayahnya.

Hari berlalu hari, adalah sehari tu, datang jiran sebelah rumahnya bertanyakan :
Jiran : Berapa hari lagi ye kita nak raya?
Juha : Berapa hari lagi aku tak tahu, tapi berapa hari dh puasa, aku tahu.... Tunggu jap

Juha pun lantas pergi ke tempayan berikut, lalu mengira satu persatu batu yang ada di dalam tempayat tersebut sehingga menjangkau angka 120 biji. Timbul di fikiran Juha :
" kalau aku bgthu angka ni, tentu mereka akan terkejut, takpelah aku kurangkan sampai 40 hari cukuplah "
Kemudian juha pun keluar lalu memberitahu jirannya :
Juha : Kita dah pose 40 hari lebih kurang la
Jiran : "gelak "
Juha : Aku tahu la, sebenarnya memang lebih drpad tu, Ramadhan ni mmg bulan yang panjang bg mereka2 yang berpuasa, aku tak tergamak untuk memberitahu angka yang sebenar, takut2 mereka terkejut...

~ sb : ketawa itu sihat..kajian membuktikan ketawa dapat menghilangkan stress, tapi jangan sampai lupa Allah sudah..peace...! :D

Monday, 1 August 2011

lunch hour






Kaum hawa dan kaum adam memang sangat-sangat berbeza, baik dari segi pemikiran, kelakuan dan juga tatacara di kedai makan.baca dan bayangkan..
Lelaki

1 Masuk kedai
2. Ambik Pinggan
3. Ceduk nasi
4. Ceduk Lauk
5. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
6. Makan
7. Balik

Perempuan



1.      Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tengok kasut
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tengok2 nasi dalam pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak banyak la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik orang order air.. sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tengok orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
*p/s : sb gurau je ni.jangan amek hati eh.hehe. peace J

Friday, 1 July 2011

justin bieber..??

salam semua. sb pasti sangat2 yang semua orang mesti kenal justin bieber kan, atau nama ringkasnya jb, bukan justin bhai ok? jb tak kena mengena langsung dengan sb. Tapi korang kenal ke ngan mamat nih..? cuba tengok pic bawah ni.



~ sb : hehe. Sb saja je melawak. Jb jgan marah noh..haha

Thursday, 30 June 2011

ciri - ciri awek pujaan



salam. post kali ni memang sb wat khas untuk kaum Hawa. korang tau dan nak tau tak apa ciri - ciri yang boleh melabelkan anda sebagai 'awek pujaan' ? 
meh sb gtau.

  1. suka kucing
  2. ada kereta mewah
  3. boleh tanggung pakwe
  4. belikan superbike untuk pakwe
  5. belikan iphone 4, i pad 2, galaxy tab, BB torch 9800 (3 setiap 1)
  6. shopping kat butik LV & fcuk tiap2 minggu dan dibelanja
  7. tolong siapkan assignment dan semua report yang perlu
  8. manis dipandang. (xlawa cam awek korea pun xpe asalkan 1-7 bole wat)
- p/s : sb saja gurau2 je..hehe. jangan marah eh.. chill..!! :) peace