SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 5 September 2011

jika lembu berbicara

#dipetik daripada syahiruldotcom
******************************

LEMBU OH LEMBU.. KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP..
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU: Itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: Tuan tak sembahyang?
LELAKI: Tidak.

LEMBU: Samalah kita.
LELAKI: =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Friday, 26 August 2011

jumaat terakhir ramadhan 2011

salam. semalam jumaat yang terakhir bulan ramadhan tahun ni. dalam masa sehari, banyak emosi yang sb rasai. 
memang penat gila semalam. ^.^

                         ************
kena gi rumah tokey sebelum pukul 3. tapi bangun tidur pun dah 3.10 am.

biasa PA yang kejutkan. sekali dia off 2 hari.
memang 'mati' terbungkang aku. -.-
balik kerja, tidur sampai pukul 1.
bangun. mandi sunat pastu gi masjid.



pukul 3 siap-siap nak keluar bandar.
hepi gila sebab nak shopping.
sekali amek kau. jammed road..! penyesalan melanda diri.
perjalanan ke maybank (belakang masjid negeri) biasa 10 minit paling lambat jadi 40 minit.


sampai maybank cari parking pulak. ramai gila kereta dan motor. penuh jalan.
haa..! jumpa. parking pastu gores kupon.
*gores awal 30 minit. ngelat siket. :)


bank in duit ubat adik kat doc ape ntah.
beratur dalam 15 minit baru boleh bank in.
keluar je tengok da kena saman. shit.


*sumpah benci..!


gi ECM nak usha barang kat sana.
OMG! jammed lagi!
akhirnya sampai jugak.tension jammed road.
dah la parking jauh gila dari ECM. penat aku.
*usha kasut sini.

*pastu usha sini pulak

*ah haa...! i've told u that i'm famous..! haha

*sini pun usha..

tak beli pun. mahal nak mampus. rm 400 sepasang. gila.
pastu gi Berjaya Megamall

*jammed jugaaakkk..... 

*try pakai jeans..

berkenan..suka..! ambik satu.
bila sampai counter da masam balik muka.

*dah la cashier 'laju' gila. suka aku.

pastu balik umah

*when will thid stupid jam end??

memang menguji kesabaran la. jammed teruk gila.

*sini je senang parking kete

*solat asar sini

*busuk weh tandas ni.

pelik kan? dah toilet memang la kotor, sebab tu kena bersihkan. 
alasan diorang sebab nanti kotor balik, buat ape nak cuci
bodoh. dah kalau gitu, ko kencing ko berak tak yah basuh, nanti ko berak lagi.

*bukak puasa dalam kembara je.

~ sb : duduk dalam kembara lagi lama daripada shopping. urrgghh..!! 















Thursday, 25 August 2011

ragam mereka

salam. post malam ni sb nak tunjuk macam-macam ragam manusia atas bumi ni. moh le terjah...
sebelum tu..nak pesan sikit, jangan gelak tau... ^.^


*cari apa tu bang? tutup cepat. kang terbang lagi.

*over excited sampai lupe mana kaki... ? -_-'

*pergh...kembar ke? haha

*panjangnye tangan bang... T.T

*sape yang nak curi benda ni pak cik?! 

*besarnya anjing ni. 
agak-agak la..kalau anjing tu peluk tuan dia..mati tak?

*sekali pandang cam pompuan dua-dua orang ni kan?

*kalau ni? sekali pandang macam..??? -..-
#cun la awak ni. six pack..! haha

*mana lu mau lari?  

akhir sekali, cuba korang sume cari orang tersembunyi kat dalam gambar bawah ni.


~ sb : gurauan semata...peace..! :D











Wednesday, 24 August 2011

tazkirah = haram ?

salam. tadik macam biasa, sb pergi masjid perumahan sb untuk solat isyak berjemaah dan terawih.
habis je 4 rakaat terawih, sb pelik. asal imam terus bangun? takde tazkirah ke?
bila dah selesai witir abah cakap "mufti dah haramkan tazkirah kat semua masjid..atas alasan mengganggu solat"
terkilan jugak la bila orang yang lebih berilmu daripada kita boleh cakap macam tu.
mercun tak pulak mengganggu? orang merempit? pak cik yang bersembang kuat-kuat tu?

tazkirah bermaksud memberi peringatan tentang agama Allah berdasarkan Quran dan hadis Muhammad saw.
macam mana boleh haram? satu lagi alasan yang sb langsung tak boleh terima. "nanti dicampur adukkan politik dan agama" Islam adalah agama dari Allah yang paling sempurna sifatnya, mencakupi segala aspek hidup kita sebagai makhluk yang hanya menumpang di bumi Dia. bukankah Muhammad dan khulafa' ar-Rasyidin adalah ahli politik yang berjaya hingga ke negeri akhirat?

apa yang mereka bimbangkan? bukankah Muhammad juga selalu mengingatkan para sahabat dengan ayat-ayat Allah? adakah Islam itu hanya ketika berlakunya kematian dan perkahwinan? dalam mentadbir negara juga perlu mengikut acuan Islam sepenuhnya. mereka mengatakan politik dan hal pentadbiran perlu diasingkan dari agama. alangkah jahilnya mereka. andai kata ditakdirkan kita mati dalam masa kita menguruskan hal politik atau pentadbiran negara. adakah kita menghadap Allah dalam keadaan kita tidak Islam? 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.
(al-Baqarah : 208)

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 
(al-Baqarah : 132)


~ sb : hidupkan peranan masjid sebagai 'telaga ilmu'. peace... :D

*luahan rasa kesal pengharaman tazkirah ----> (klik)


Tuesday, 23 August 2011

sujud seperti anjing


salam semua. post kali ni, sekadar peringatan diri sb dan kalian yang seagama.

cuba perhatikan gambar di bawah :



“Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya, iaitu wajahnya, kedua tapak tangannya, kedua lututnya dan kedua kakinya.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Ibnu Hibban)

“Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (di lantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki di depannya). (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja).

~ sb ; semoga sujud kita tidak seperti anjing..kalau sujud tak sah, solat pun sama. sujud adalah sebahagian daripada solat.

# Gambaran sujud seperti anjing ialah : melepaskan tangan ditanah (dari siku hingga tapak tangan), tidak nampak ketiaknya dari belakang dan kelihatan seolah-olah orang tersebut tidur. 

lawak



Cerita : Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita : Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita : Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Monday, 22 August 2011

kenapa ? -_-'

salam..pertamanya, sb mohon maaf sebab dah lama tak update blog. kebetulan sb sibuk ngan keje. balik keje dah penat, tak larat dah nak on9. sorry tau.

pastu, tadi kawan sekerja sb text sb. dia cakap sb da kena buang. waaa... :( sedih gila. dia cakap camni 
---> "salam man. pak cik J call aku tadi. dia cakap ko xyah datang sebab dah ada pekerja lain."

haha. benci tul. pak cik J..! tak suka saya ke? cakap la depan-depan semalam. haih... -_-'

******************

disebabkan kepala dah serabut. sb pun balas dendam time bukak puasa.

~ ketam.... ^.^ ~

~ kentucky wat sendiri. hangit siket. T.T ~

~ best nih.. dah nak habis da. padahal baru beli. ~

~ dessert ~

~ best...nikmat hingga cebisan terakhir. hehe ~

~ penyejuk mulut...~


best kan makan kat umah? hehe

~ sb : nape pak cik J buang saya ?? baru 2 hari keje.haha.haih.. -..-

 --> p/s : pak cik J..! nape buang saya? saya tak hensem ke? saya baik..saya puteh, gebu lagi. cuma saya takde awek je. nape pak cik J hukum saya camni..?? benci pak cik...! weekk..! :p