SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 11 July 2011

BERS✔H..luahan A.Samad Said



PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka,
Warna kuning diisytihar racun terbisa,
Diragutnya baju-T seragam tenaga,
Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit smula perca kain,
Menjadikannya panji terindah dan tulen,
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
Kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungki diramas,
Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas,
Memanglah mereka kini peludah warna,
Sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nukilan;
A.Samad Said.

Ditaip dengan ikhlas;
A.Salman Bhai

2 comments:

arina ahmad said...

i suddenly feel sorry for a. samad said.

salman said...

wat bout a.salman bhai?? haha