SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 26 July 2011

siapa sahabat setia?


salam. pertamanya, sb nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower blog sb ni. tq sangat-sangat. tanpa sokongan daripada korang semua, sb tak kan dapat jadik blogger sampai sekarang.tq tau. :)

so, untuk korang semua, post kali ni, sb wat pasal sahabat setia ni. 




Hadis riwayat daripada Rasulullah saw yang bermaksud....

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan"

Saiyidina Ali r.a pernah berkata:-

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

Abu Sulaima al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilh rakan:
·                     Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
·                     Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Al Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:-
1.             Jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2.           Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3.           Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4.           Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

~ sb : so, renungkan..dan bg sb, korang semua memang terbaek dalam berkawan... :D

3 comments:

NA said...

Kongsi-kongsi ilmu yang bermanfaat. Rajin2 kemaskini blog yer :)

-wina1979-

salman said...

tq..tq sebab bknjung..:D

nurpiska said...

saye da bace^.^