Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)
Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :
“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)
salam sekalian pembaca yang disayangi admin, moga kita disayangi Allah jua. maaf dipinta kerana lama sb tak update blog. sangat-sangat sibuk kebelakangan ini. moga dimaafkan. Post kali ni sb tujukan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup sb, Miss A.
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana membenci jika kamu terpesong …
Ketika aku mendo'akanmu di belakang mu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan di saat kamu lemah …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu juga aibmu

Jika aku perlu melepasmu sejauh-jauhnya dariku,
Demi Allah, Tuhanku jua Tuhanmu,
Akan aku lepaskan dengan mengukir senyuman di bibirku,
Tanpa siapa tahu pedih dan siksa jiwaku.
Sahabatmu,
-Salman Bhai-

sb : bercinta kerana Allah =)
No comments:
Post a Comment