meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada
Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan
dengan khusyuk.
Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah
ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu
yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram,
fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."
Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke
tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau
kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.
"Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada
Allah.
"Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan
ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon
kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
"Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram,
mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana
hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca
al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya
berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang
selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan
kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak
meningkat dengan jelasnya.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada
pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada
waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang
lagi ceria.
Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu
menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang
bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah
dengan khusyuk.
Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah
hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
No comments:
Post a Comment