Walaupun berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa namun terdapat tempat atau ketikanya yang tertentu di mana menjadi sebabdoa tersebut diterima atau dimakbulkan oleh Allah S.W.Tsebagaimana yang telah disarankan oleh Baginda Rasulullah SAWantaranya:
- Pada waktu pagi sebelum terbit Matahari dan sesudah selesai Solat Subuh.
- Setiap selepas menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.
- Antara Solat Zuhur,Asar dan Maghrib.
- Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
- Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid.
- Dalam Khutbah Jumaat,khutbah Hari Raya dan Khutbah Nikah.
- Ketika bangun tidur.
- Selepas membaca Tahiyyat Akhir dan sebelum salam.
- Antara takbir solat hari raya.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting.
- Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW.
- Di dalam majlis – majlis dan upacara yang tidak bercampur maksiat.
- Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
- Ketika bertemu dengan saudara mara atau sahabat handai yang telah lama terpisah.
- Apabila ditimpa kesulitan,resah gelisah dan gundah gulana.
- Ketika hujan turun.
- Sebelum memulakan Solat serta selepasnya.
- Sepanjang Malam terutamanya sepertiga Malam dan waktu Sahur .
- Ketika sujud dalam solat khususnya dalam sujud yang terakhir.
- Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
- Di bulan Ramadhan. (klik sini)
Wallahua’lam……
No comments:
Post a Comment