SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 14 August 2011

Kubur yang berkata-kata

Dikisahkan bahawa ketika Fatimah r.a. meninggal dunia, jenazahnya telah diusung oleh 4 orang. Mereka itu ialah Ali bin Abi Talib (suaminya Fatimah r.a.), Hasan (anak Fatimah r.a.), Husin (anak Fatimah r.a.) dan Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a..

 Sewaktu jenazah diletakkan di tepi kubur, maka  Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a. bertanya kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawakan ini adalah Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah saw.”

Maka jawab kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya, maka dia akan terlepas daripada azabku. Tetapi jika orang itu tidak beramal soleh, maka dia tidak akan terlepas daripada aku (akan aku layan seburuk-buruknya)”

*gambar sekadar hiasan
~ sb : kisah ini membuktikan sifat Allah swt Yang Maha Adil, kerana dinilai adalah amal baik seseorang bukanlah dari mana-mana keturunan.. :D    

No comments: