SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 13 August 2011

sirah Muhammad saw part 2



Ketika berusia kira-kira 25 tahun, baginda bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda, Khadijah biinti Khuwailid. Baginda yang dibantu Maisarah, pembantu Khadijah pulang dengan keuntungan luar biasa, membuatkan Khadijah tertarik hati kepada baginda lalu menawarkan diri menjadi isteri Muhammad saw.

Mereka dikurniakan 7 orang anak. Qasim, Tayyib dan Tahir meninggal dunia ketika masih bayi. Manakala, puteri baginda ialah RuqayyahZainabUmmu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah meninggal pada usia 64 tahun.

Muhammad juga telah menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua puak yang bertengkar sesama sendiri untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya selepas Makkah dianda banjir. Mereka berpuas hati dengan kebijaksanaan Muhammad.

Gaya hidup masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu amat menyedihkan baginda. Kehidupan mereka yang terus diselubungi maksiat membuatkan baginda mengasingkan diri.

Pada suatu malam di bulan Ramadhan, baginda yang sudah berusia 40 tahun sedang tidur di dalam Gua Hira’ yang terletak di Gunung Thur, telah didatangi Jibrail a.s. Jibrail memeluk baginda dengan kuat seraya berkata “Bacalah!”
“Aku tidak tahu membaca!” jawab Muhammad.

Jibrail melepaskan baginda selepas tiga kali berturut-turut diberikan jawapan yang sama daripada baginda. Kemudian, Jibrail meminta Muhammad mengikut apa yang akan dibaca olehnya, iaitu surah Al-‘Alaq yang bermaksud :

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah Yang Maha Mulia. Yang mengajarkan manusia dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Muhammad yang ketakutan berlari menemui Khadijah, lalu diminta diselimutinya. Setelah kembali tenang, baginda menceritakan kepada Khadijah tentang perkara aneh yang dialaminya, lalu mereka pergi menemui bapa saudara Khadijah, Waraqah bin Naufal. Waraqah adalah seorang yang alim, dia menjelaskan bahawa peristiwa itu menandakan Muhammad telah dipilih Allah menjadi Nabi.

Orang yang pertama memeluk Islam ialah Khadijah. Kemudian, diikuti Ali bin Abi Talib, yang ketika itu hanyalah seorang budak, dan Zaid bin Harithah. Sesudahnya, diikuti Uthman bin Affan dan Zubair bin Al-Awwam.

Selepas 3 tahun, Nabi Muhammad berdakwah secara rahsia dalam kalangan ahli keluarga dan para sahabatnya, Allah swt menurunkan wahyu kepada baginda supaya dakwah dilakukan secara terang-terangan.

Pada suatu hari, Nabi saw telah mengumpulkan  semua penduduk Makkah berdekatan Bukit Safa. Baginda saw berdiri di atas bukit itu, dan berlaku dialog antara mereka ;

“Wahai orang-orang Quraisy! Sekiranya aku memberitahu bahawa ada tentera yang sedang mara untuk menyerang kalian di belakang bukit ini, adakah kamu mempercayai aku?”
“Ya!” mereka menjawab. “Kami tahu kamu memang seorang yang benar”
 “Aku telah diutuskan kepada kalian untuk memberi peringatan. Sekiranya kamu ingkar, nescaya azab yang dasyat akan menimpa kamu”, jelas baginda.

Sambil memerhati ke arah mereka, baginda menyeru, “Wahai Bani Abdul Mutalib! Bani Abdul Manaf! Bani Zahrah! Aku telah diperintahkan Allah untuk member peringatan, dan aku tidak boleh melindungimu di dunia mahupun di akhirat, kecuali kamu menyembah Allah”
“Apakah itu tujuan kamu memanggil  kami berkumpul di sini?”, celah Abu Lahab, bapa saudara baginda saw.

Kemudian, mereka berlalu pergi meninggalkan baginda saw.


~ sb : habis part 2....:D *bersambung