SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 22 June 2011

10 cara kekalkan cinta jarak jauh



Bagi sesiapa yang mempunyai pasangan jauh sememangnya berat dugaan dan cabarannya berbanding hubungan jarak dekat. Aku cakap ni juga mewakili pihak aku juga, jadi ingin aku berkongsi tips-tips berguna dengan korang:
1) Jujur
-Sikap ini perlu ada dalam pasangan masing-masing, kerana kejujuran itulah pendinding kepada hubungan korang.
2) Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap orang lain boleh mengugat kepercayaan kamu terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kepada pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura-ura mengatakan tentang pasanganmu disana, siasatlah dahulu
3) Sentiasa Bertanya Khabar
- Dalam sehari, hantarlah mesej kepadnya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bahwa kita disini tidak sesekali melupakannya
4) Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yang sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kadang-kadang sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, jangan cepat marah. Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yang dilakukannya. Lagipun bukan selalu dia tidak dapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu sahaja asyik sibuk dan jarang melayan kita, jangan syak apa-apa dahulu, siasatlah seperti bertanya pada rakan-rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.
5) Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh tidak boleh bergurau senda sperti pasangan dekat?, boleh sahaja. Ambillah masa berbual dengan pasanganmu, ceritalah hal-hal yang melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama-sama, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar
6) Bertukar Hadiah
-Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yang cantik, tak salah anda membelinya dan menghadiahkannya kepada pasanganmu, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun sebatang pen, ini menunujukkan anda juga juga seorang yang pandai menghargai.
7) Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yang ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu kerana bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya tidak stabil dan suka marah-marah atau naik angin walaupun hal kecil. Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah-marah tak tentu pasal tidaklah anda syak bukan-bukan kerana anda tahu masa-masa macamtu emosi sidia tidak stabil. Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu untuk menglakkan salah faham.
8 ) Gunakan Kelebihan IT
- Sekarang zaman moden, macam-macam jaringan komunikasi dan sosial ada seperti internet, facebook, myspace, skyfrens, dan sebagainya. Tak salah anda berdua berbalas email atau chatting si intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati
9) Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dengan adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit
10) Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya untuk mengetahui keadaan pasanganmu, ini akan mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu. Dan mungkin lebih teruk lagi dikhuatiri temannya jatuh cinta padamu lalu untuk mendapatkanmu, maka dia akan buat sesuatu yang bodoh.
Haa, inilah sedikit sebanyak tips yang aku gunakan untuk memastikan hubungan berjalan baik. Walaupun kadangkala terdapat perselisihan faham, namun jika gunakan tips ni insyallah hbungan korang akan berpanjangan. Sekian, selamat beramal.

5 comments:

Lam A'Aini said...

ahaks . . nk ikowt step ni x bOleh , x da pasangan yang jauh . . kikiki

salman said...

haha.. xpe2..yg pntg ada ilmu di dada

Dayah chan said...

kAlau suka kat org yg jarak jauh caner pulak erk??patut pendam je perasaan ke? :\

salman said...

pendam yang sebetulnya... post tentang cinta2 ini khas buat mereka yang sudah halal satu sama lain. :)

shahfyra fiqry said...

trime ksih..blog nie mmg best :)
sye suke.. ;)