SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 21 June 2011

7 sifat lelaki yang dibenci wanita



(1) Cemburu

Ini adalah sikap yang sangat wanita tidak suka, jadi kepada jejaka semua tolong jangan bersikap sedemikian ini tak bermakna penulis kata tak blh langsung tetapi agak2 la dan bergantung pada situasi dan juga tempat.

(2) Suka mengongkong

Wanita kini tidak seperti wanita zaman dahulu... mereka kini sudah Berjaya dan mempunyai kerjaya yang baik. Jadi anda lelaki harus sedar yang mereka boleh hidup tanpa anda tapi mungkin tidak sempurna jika bersama dengan lelaki. So lebih baik jika korang sebagai lelaki jangan control sangat isteri atau awek korang nanti dia cabut. So jalan yang terbaik korang pantau dari jauh jer dan pastikan dia tidak melakukan perkara yang luar dari batasan.

(3) Sombong atau ego

Ramai teman2 penulis yang pernah menyuarakan yang mereka tidak suka akan lelaki yang ego....perasan bagus. Dan kadang2 jejaka jenis ini memang tidak suka mengaku salah walaupun hakikat sebenar dia sebernarnya salah. Patut dielakan yer

(4) Pengotor

Penulis rasa bukan takat wanita jer yang tak suka lelaki pun tidak suka jika mempunyai kawan yang jenis begini. So make sure u all kena sentiasa bersih dan yang paling penting mesti wangi. Penulis sangat tidak suka jika ada bau ketiak, penulis juga pasti teman atau isteri anda juga pasti tidak suka dengan lelaki jenis sebegini.

(5) Suka cakap besar

Sangat boring bila wanita mendapat jejaka seperti ini.....bercakap mengalahkan jutawan tapi habuk pun tiada. So jangan bercakap besar ok. Jangan menjadikan sikap kita yang bercakap besar membuatkan orang yang kita sayang lari meninggalkan kita.

(6) Pentingkan diri sendiri

Cukup pantang kata wanita bila berdepan dengan lelaki jenis ini.....lelaki jenis ini tidak mempedulikan orang lain walaupun kekasih mereka sendiri apa yang mereka tahu keutamaan adalah diri mereka sendiri dalam setiap segi. Dalam kes diskusi mereka lebih mementingkan pendapat mereka sedangkan idea dan pendapat mereka tidak logic dan tidak boleh digunakan langsung.

(7) Tidak tahu menghargaai

Wanita akan rasa marah bila berhadapan dengan jejaka jenis seperti ini kerana mereka merasakan apa yang mereka lakukan tidak dihargai langsung dan jauh sekali untuk mengucapkan terima kasih. Dalam kes mengingati hari bersejarah si wanita menghadiahkan sesuatu tetapi tidak dihargai oleh kaum lelaki, come on la bro tolong bersikap matang dan beri sedikit ruang untuk menghargai kekasih anda yang bersusah payah untuk anda.

~ SB : Kepada semua kaum adam termasuk penulis kita jangan tergolong dalam tujuh ciri2 diatas kerana jika ada pasti orang yang kita sayang akan jauhkan diri dan lebih merana mereka akan tinggalkan kita. So bangkit dan siapkan diri bagi menjadi jejaka pilihan wanita ok.

2 comments:

Dayah chan said...

8.main2 kan perasaan perempuan !_! (tambah nombor sendiri..hehe)

salman said...

itu komfem dayah...:)