SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 26 June 2011

kata hati seorang lelaki yang perempuan xpernah tahu




- p/s : err..n kisah hidup SB(admin) sahaja...xde kena mengena ngan siapa-siapa yang lain.
_____________________________________

Awak.. Tiap-tiap hari kita sms awk, call awak.. dulu awak suka kita selalu sms, call awak.. Tak puas dengar suara kita katanya awak. Tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan.. Kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak..


Awak.. Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang. Katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so kita tau awak ada masalah kat situ.. Kalau awak rimas, takpelah.. Kita tak mintak dah buat macam tu.. Kita tau awak pandai jaga diri..




Awak.. Kita suka tengok awak pakai elok-elok.. Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai purdah, pakai tudung labuh.. Kita tau awak tak rimas pasal ni.. Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita..


Awak.. Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan awak, tapi jangan la keluar melepak sampai 3,4 pagi.. Jangan la keluar pakai ala kadar je.. Kita suka kawan-kawan awak tengok awak pakai molek-molek.. Kita suka kalau kawan-kawan awak cakap awak dapat boyfriend yang jaga awak elok-elok.. Awak nak keluar, keluar je la.. Kita tak kisah.. Kita tau awak pandai jaga diri..


Awak.. Kita belikan awak itu, kita belikan awak ini, bukan kerana nak bodek awak, memang kita nak bagi.. Kita suka bagi hadiah kat awak.. Kita pun tak tau kenapa.. Awak jangan la bimbang, kita tak pernah pun putus makan sebab belikan awak itu ini.. Jangan la rasa bersalah, kita tak pernah minta balasan dari semua tu..


Awak.. Kita selalu marah-marah awak.. Adakalanya kita tertenking awak.. Mungkin kita terluka ngan kata-kata atau perbuatan awak.. Kita tau 90% perempuan tak suka ditenking, tapi kita tak pernah selitkan rasa benci dalam marah kita kat awak.. Kita janji dah tak tenking-tenking awak.. Kita lebih pedulikan sayang kita kat awak dari tenkingan tu..

Awak.. Kita suka cakap banyak-banyak, cerita itu cerita ini ngan awak.. Maaf la kalau buat awak rimas.. Tapi kita suka borak ngan orang yang kita sayang.. Suka awak tau apa yang kita tau..Dulu awak selalu nangis-nangis sebab rindu nak dengar suara kita..

Awak.. Awak jangan la segan nak suruh kita ubah itu dan ubah ini.. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan.. Kita tak kisah pun.. Tapi kita kisah kalau awak suruh kita berubah jadi kaki clubbing ke.. Itu bukan cara kita.. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan kita ikut, kita suka.. Kita pun manusia biasa jgk.. Banyak kekurangan.. Kata orang, kita takkan nampak kekurangan diri kita melainkan orang disekeliling kita.. Maybe ada kebenarannya..

Awak.. mungkin selama ni kita kurang romantik ngan awak.. bukan kita tak romantik tapi kita tahan-tahan romantik kita tu macam kita tahan nak berak.. makin lama makin sedap.. tapi last-last terlupa nak beromantik ngan awak sebab syok makan sosej saiz XXXL ngan awak..

Awak.. Maybe awak kurang percaya kepada janji.. Tapi awak kena percaya kepada kita, janji tu bukan main-main bagi kita.. Kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ni.. Cuma lambat atau sekejap saja. Kita tak nak hiris tangan sampai berdarah semata-mata nak tunjuk betapa ikhlasnya janji kita, cukup saja awak percaya dari air muka kita dan air mata kita..



~ sb : Malas dah aku nak taip. Lenguh jari jemari ni. Banyak lagi sebenarnya kata hati lelaki tapi cukuplah.

3 comments:

zareliqa afiqa said...

bertuahny 'awak' tu..dpt yg caring cmnie~ ehehe:)

salman said...

haha..mekaseh.. tapi 'awak' tu da tinggal kenangan..

Misz Wati said...

Slm sb. Bestla entri ni. Wpun dh 2 taun lps pny entri. Byk lg ke kata hati lelaki yg pempuan x tau. Teringin nk bc lg lg lg dan lg.

Jemput ke miszwati88.blogspot.com

Tkasih!