SB's fans : (klik like ye.tq :D)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 12 August 2011

sirah Muhammad saw part 1


sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung
(At-Taubah : 128-129)


***************************

Salam sekalian pelawat dan followers yang disayangi. Dua hari yang lepas kalau tak silap, karib sb, ada cadangkan sb buat satu entry pasal sirah junjungan mulia, Muhammad saw. Mari kita sama-sama hayati kisah perjalanan baginda dan mudah-mudahan kita semakin cinta dan kasih kepada baginda saw. Insya Allah..:)

Beberapa fakta tentang baginda yang perlu diketahui oleh semua umat baginda ;

§  Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib (Syaibah) bin Hasyim (Amr) bin Abdul Manaf (Al Mughirah) bin Qushay(Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan
§  Lahir di Mekah, 12 Rabiulawal tahun Gajah (Isnin)
§  Pernah disusui oleh Tsuwaibah, hamba Abu  Lahab. Kemudian, Halimah binti Abu Dzu’aib.
§  Ketika  nabi 5 tahun, telah berlakunya peristiwa pembersihan hati Nabi oleh 2 Malaikat yang diutuskan ALLAH S.W.T untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya
§  Dijaga oleh atoknya selepas kewafatan Aminah, ibu baginda ketika usia baginda 6 tahun.
§  Abdul Muthalib meninggal dunia ketika baginda 8 tahun, lalu dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Thalib
§  Abu Thalib memebawa Muhammad yang berusia 12 tahun ke Syam untuk berdagang.
§  Di Bushra, seorang rahib bernama Bahira memberitahu baginda memiliki ciri-ciri kenabian, dan meminta Abu Thalib kembali ke Mekah demi keselamatan Muhammad dari ancaman Ahli Kitab
§   Pernah menyertai peperangan ketika usia 15 tahun, iaitu Perang Fijar.

 ~ sb : sekian sahaja dahulu part 1. bersambung... :D

*tq kepada karibku, Alina...cadangan dia la ni wat entry ni

2 comments:

nurpiska said...

nur blajar ni mase skolah rendah~hee

salman said...

untungla~ *sb pun belajar time sek ren, tapi ingat-ingat lupa..heee..:)